Saturday 8 September 2012

BERJALANLAH dengan penuh HARAPAN
walaupun hidup ini TIDAK selalu BAHAGIA

SEDEKAHKANLAH senyuman
walau di HATIMU tak lagi mampu BERTAHAN

BELAJARLAH memaafkan
walau DIRIMU terluka

BERHENTILAH memberi alasan
walau ingin MENYATAKAN kebenaran

HIDUPLAH dalam iman
walau hari DIPENUHI dugaan

dan BERPEGANGLAH kepada ALLAH SWT
walau ia tidak KELIHATAN

Kerana ALLAH selalu ada dan sentiasa ada
Untuk hamba-hamba-NYA yang selalu meminta.

















Assalamualaikum..
Wahai sahabat seakidahku.,Dengarlah pesananan ini:

♥ Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan ‘si dia’.

♥ Bercintalah kau dengannya sekadar sahaja.Kelak mungkin ‘si dia’ bukan jodoh untukmu.

♥ Jika kau ingin berbahagia seumur hidup,tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum engkau berhak menjadi milik ‘si dia’.

♥ Jika engkau menyintainya,binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-Nya.

♥. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu,yang hakikatnya adalah selepas kau diijabkabulkan.

♥. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik dalam untukmu,maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

♥. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara berdating,cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

♥ Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya.

♥ Jika engkau masih belum bercinta,tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

♥ Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima di sisi Allah,kelak Allah akan tarik kebahagiaan darimu.


















No comments:

Post a Comment