Saturday 8 September 2012

.:. cinta itu fitrah .:.



Sahabatku sayang..

Cinta itu fitrah..mana mungkin saya katakan ia salah atau haram kerana itu kurniaan Dia buat kita..
Siapa saya utk mempertikaikan fitrahNya tetapi kadangkala matlamat kita x menghalalkan cara..
Mungkin apa yg saya jumpa dan kongsikan ini mampu buatkn awak tenang dan kuat utk menghadapi apa yang terjadi..
Semoga keputusan awak Allah redha..saya kagum melihat awak..percayalah Dia sgt dekat dengan awak..ujian yg awak tempuh sekarang banyak hikmahnya..percayalah sahabatku..

Kenapa Allah ambil dia dari aku?
Kenapa Allah temukan aku dengan dia?
Kenapa Allah duga aku macam ni.
Kenapa Allah pisahkan kami.
Soalan-soalan yang berulang-ulang kali ditanya..

Melihat cermin, bertanya pada diri.
Melihat dinding, bertanya pada dinding.
Mendongak langit, bertanya pada langit.
Memijak rumput, menyoal pula rumput.

Berbolak balik, bertanya diri.
Masih gagal, melepas pergi.
Masih payah, menerima kenyataan dan ketentuan.

Sedangkan hakikatnya,

Mempersoalkan Allah, ” kenapa jadi macam ni”…

Kan? 

Kecewa yang datang bertimpa-timpa.
Duka yang bersarang yang tersimpan lama, dipendam dan diusung merata-rata.
Itulah yang membuat kamu terus bertanya dan mencari jawapan kepada persoalan “kenapa”  tu.

Kenapa?

Sebab Allah nak uji.

Ditemukan untuk mengutip yang namanya pengalaman.
Dipisahkan untuk belajar tentang takdir dan ketentuan.
Diuji dengan kehilangan, agar kau kembali pada-NYA.
Mungkinkah dia yang membuat kau jauh dari-NYA.
Mungkinkah dia yang membuat kau lupa pada-NYA?

Tanyalah diri.
Pujuklah hati.
Bersangka baiklah pada-NYA.
Yakinkan diri, suatu hari nanti,
Allah akan gantikan dia dengan seseorang yang telah DIA tentukan

Love isn't finding someone you can live with..
It's finding someone you can't live without..



No comments:

Post a Comment