Tuesday, 26 March 2013

we meet again

hai hello hmm, we meet again. almost one month aku stayed dekat rumah sewa ni. hidup macam dalam penjara batu. takde hiburan takde ketenangan takde life langsung. nak makan kena masak ape jadah semu tu. better stay dekat hostel, lapar turun beli tak payah pikir nak masak ape. sekadar makan nasi putih sayur goreng takde pun paha ayam yang besar, huh hidup lebih merempat dari biasa. bukan taknak hidup miskin atau susah tapi ni saja nak cari susah saje nak cari masalah. housemate yang semuanya membosankan except ade la some of them yang satu kepala but still cant understand me. tak same life macam dekat college dulu. kawan yang very understanding, hey they are very awesome!


 ade best friend yang macam kenal dah berdekad dekad! his name? cukup sekadar taw nickname dia. lebih selesa panggil dia mimi/ sam. *tu untuk aku saje. heheh! okay cukup ini tak lawak pun. dia memang superb lah. kawan yang paling sejati in the world hah! mirror mirror on the wall. but, since i stayed here, semua macam ehh ape jadah semua ni. kenapa nak kena buat macam tu, kenapa nak kena buat macam ni. Thanks i still have my One, Allah! Tika sedih cari la Dia. nak carik sape lagi. parents jauuhhhhhhhh. ok sedih . 

Saturday, 9 March 2013

new sem new life

hell yeah. my sem break was over. ya i'm serious. and now my new sem was started. with new hope new life new shit ! no more hostel. no more 'ahhh nk rebut bilik mandi' and no more 'pelajar pompuan kena masuk hostel before 9pm.


 damn its true laa. memang mcm tu la life dekat sini. what? xde life langsung. but now, me? stay dekat rumahsewa dekat bandar sidec. belakang uitm ni je tp jauh jauh jauh. sumpah penat nk jalan kaki. boleh tercabut segala jari yang ade. bus ade but should pay rm1 for 1 way. dah tu kalo pegi balik bukan dah 2hingget ke? sadis sungguh life dekat sini.


sem ni dah dapat rumah sewa pun dah beratus my money melayang. entah kemana. sewa rumah. letrik. bil air. ini semua poyo! but ade satu yang dpt save money money money.


kami masakkkkkk ! hell mcm xpecaya je. mmg. my mom said hello nk pegi belaja or nk pegi belaja masak. no mom. me? just see and eat. ade la tolong ape yg termampu.



Friday, 25 January 2013

suami Awesome, mengikut Ustaz Azhar Idrus

1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.

3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.

4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yang lain.

5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”

6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.

7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.

8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.

9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw..”

10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.

11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.

12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib danIsyak.

13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika da kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.

14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.

15. Jenis senyum sokmo.

 16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns

 (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu) Kalau jumpa dan yakin dia belum hak wanita lain, lamar lelaki jenis ini!hehe.. :)

Thursday, 10 January 2013

final oh final

Assalamualaikum.

 hai. tahu tak final dah nak pergi berambus dah? haaa lega kepala ceq tak payah nak pikiaq pasai study lagi. almaklumlah dekat 3minggu sit final rasa macam nak mam*** jerk.


sepatotnye exam ni dilupuskan. baru takde case bunuh diri dalam kalangan student di malaysia. hehe.

Monday, 7 January 2013

sana sini Anggerik 1



scene dari bilik. *kebosanan mengadap buku -.-'



waktu malam. macam takde keje jerk upload gambar Anggerik 1.



Monday, 31 December 2012

happy new year

assalamualaikum wbt.

 xsampai beberapa jam lagi , terjah la kita ke tahun 2013. macam tak percaya dah nak masuk tahu baru. tahun baru ni azam pun mestila baru. yang mana azam tahun lepas tak berjaya di realisasikan, tahun 2013 ni boleh la direalisasikan. kalau azam 2012 xsiap, azam 2013 nak tukar lain, baik jangan mimpi. nampak sangat kita tak boleh nak pasang azam . sekadar ada azam tapi xrealisasikan. yang nama azam , sila jangan terasa. kita bercakap pasal azam. bukan ahmad azam ataupun muhd azam. * Hai :) . okay berbalik pada yang asal. actually celebrate new year ni, perlu sangat ke? *boleh celebrate tapi jangan melampauinya adoi. tentang azam baru pula, letakla sebanyak mana azam yang kita nak, tp pastikan ade yg tercapai. malu la dekat kucing dgn cicak ! Arkkk. So azam tahun adalah focus lebih pada belajar and kurangkan fikir pasal kawen, Amboi gedik gila dah nak kawen. *haruslaa ! Xdelahh ape ape pun jangan lupa jodoh tu di tangan Tuhan. Xperlu merancang sehebat itu.





tahun ni celebrate new year di dalam bilik sajerr. Sebab? Lagi 4 hari nak turun medan perang. Final yaww ! Mampuss la nak jawab ape nanti. First time menjadi mahasisiwi *sem1 la katakan. Result pon macam xlehh nak expect dapat berapa. So, doa kan yang terbaik ! And untuk 2012, selamat tinggal yaww. Segala kenangan takkan dilupa semudah itu. Yang pergi takkan kembali. Yang datang jangan dihalau pulak yee :)


Sunday, 30 December 2012

13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita

13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita ...


 1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

 2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

 3. Wewangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong. (Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

 4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka. (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)

 5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

 6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

 7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

 8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

 9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31) Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perem puan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perka taan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.) Sabda SAW Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, yaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi. (Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

 11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perem puan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.) Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.) Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

 12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebiha n terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.) Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu , anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perem puan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/ membuka bahagian-bahagi an tertentu.

 13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perem puan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.) Riwayat Imran bin Hushain ra.: Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)